Bismillah Biiznillah.
Berjalan Sendiri - Sajak (ke?)
Hari ini aku berjalan sendiri,
Denai yang baru akan ku lalui,
Denai itu penuh dengan semak samun,
Mungkin ada bahaya yang berselindung di balik daun,
Namun kali ini aku nekad untuk berjalan,
Walaupun aku sendirian.
Jalan yang semalam masih terbayang,
Masih terdetik mengapa ku lepaskan,
Jalan yang penuh dengan pohon merimbun,
Ada teman yang menemani sepanjangnya,
Tetapi itu semalam.
Kali ini jalanku sendiri,
Tiada wajah mesra menerpa,
Tiada wakaf berehat yang selesa,
Tiada siapa yang memahami,
Mengapa kali ini aku pilih sendiri.
Namun aku percaya,
Aku juga doa,
Aku juga harap,
Jalan yang ini lebih bahagia,
Kerana kebahagian itu butuh pengorbanan,
Telah ku korbankan denai semalam,
Untuk berjalan sendiri di jalan ini.
Suatu hari akan ku lalui lagi denai semalam,
Untuk bertemu wajah mesra semalam,
Kali ini wajahku yang mesra,
Bukti jalan sendiri itu lebih bahagia.
Nukilan,
Subh Aurora yang kini berjalan sendiri.
13/08/2012 2:07pm 25 Ramadhan 1433
Sunday, 12 August 2012
Friday, 10 August 2012
Detik Menunggu Waktu Berbuka Puasa
Ah Keong merenung sebiji kurma berwarna hitam
keperangan yang dipegangnya.
“Inikah buah kurma yang orang Islam suka makan ketika
berbuka puasa?” soal Ah Keong sambil matanya terus merenung buah kurma itu seolah-olah
matanya boleh mengimbas struktur kurma itu sampai ke bijinya.
Usman menaikkan keningnya sebanyak dua kali,
tersenyum lalu mengangguk-angguk. Dia bertukar pandangan dengan Awang yang berada di sebelahnya.“Ya, inilah buah kurma yang kami makan sebagai hidangan pertama ketika berbuka puasa," jelas Awang sambil mengusap-ngusap janggut nipisnya.
Ah Keong mendekatkan buah kurma itu ke hidungnya, "Hmm, baunya tidak kuat, mungkin kerana buah kurma ini sudah dikeringkan," fikir Ah Keong. Dia memandang Usman dan Awang yang sedang berbisik-bisik seperti sedang berkomplot sesuatu.
"Apa yang kamu berdua sedang bisikkan itu? Seperti sepasang kekasih yang sedang berbisik ayat-ayat cinta sahaja saya tengok," tegur Ah Keong dengan kening yang berkerut-kerut. Usman dan Awang tergelak besar sambil bertepuk tampar sesama sendiri apabila mereka mendengar teguran daripada Ah Keong.
"Kami sebenarnya mahu memberitahu kamu keistimewaan buah kurma yang kamu pegang itu," jelas Usman sambil tersenyum-senyum seperti melihat bakal isteri di balik pintu.
Ah Keong mengecilkan matanya lalu merenung wajah Usman yang masih lagi tersenyum sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Awang yang menundukkan kepalanya seperti menyembunyikan sesuatu.
"Apa keistimewaan buah kurma ini? Mengapa kamu berdua harus berbisik-bisik? Mengapa tidak terus beritahu saya sahaja tadi?" soal Ah Keong bertubi-tubi, lalu meletakkan buah kurma yang dipegang tadi ke atas piring.
"Sebenarnya, keistimewaan buah kurma yang kamu pegang tadi terletak pada namanya. Ya, bak kata orang, apa ada pada nama, tapi nama itu merupakan identiti, jati diri dan lambang sesebuah bangsa!" balas Usman dengan semangat sambil menggayakan tangannya seperti seorang pemidato sekolah menengah.
Awang mencubit perut Usman dengan kuat lalu berkata, " Kita sedang bercakap tentang kurmalah kawan, bukan tentang nasionalisme, lebih baik kamu beritahu Ah Keong tentang keistimewaan kurma ini sekarang." Usman menggosok-gosok bahagian perutnya yang dicubit oleh Awang tadi sambil membuat raut muka yang kasihan kepada Awang. Awang merenung tajam kepada Usman lalu Usman mengalah dan berkata, "Ah Keong, sekiranya kamu mahu tahu tentang keistimewaan buah kurma ini, kamu kena duduk di sebelah aku."
Ah Keong berkerut lagi, belum sempat dia bertanya apa-apa, Awang telah menarik tangannya lalu dia dipaksa duduk di antara Usman dan Awang. Dia berasa begitu janggal apabila dipaksa duduk di tengah-tengah dua lelaki.
Usman mengenyitkan matanya kepada Awang, Awang membalas kenyitan itu dengan mengenyit matanya sebanyak dua kali. Ah Keong resah memerhatikan perlakuan kedua sahabat itu yang mencurigakan, tidak semena-mena peluh jantannya memercik di bahagian dahi.
"Awang, engkau sudah sedia?" soal Usman sambil matanya merenung Ah Keong. Ah Keong seperti cacing kepanasan, dia ingin keluar dari dari tempat itu. "Ya, aku sudah sedia Usman!" jawab Awang, kali ini dia juga merenung Ah Keong. Ah Keong terasa seperti mahu pengsan, apakah yang bakal dilakukan oleh dua orang sahabatnya yang bertubuh sasa ini.
"Yusuf Taiyob...," bisik Usman dan Awang serentak, Usman di telinga kanan manakala Awang di telinga kiri. Ah Keong pada ketika ini sudah nampak mata putihnya. Secara tiba-tiba Ah Keong membeliakkan matanya, dia berasa geli apabila angin bisikan menggeletek lubang telinganya lalu dia ketawa dengan berdekah-dekah. Usman dan Awang turut tertawa sambil memegang perut masing-masing. Ah Keong yang melihat Usman dan Awang yang turut ketawa bersamanya, bertambah kuat tawanya sampai berair matanya. Usman pula ketawa sambil menepuk-nepuk lantai melihat Awang yang sudah terbaring di lantai akibat ketawa yang tidak henti-henti.
Gabungan tawa Ah Keong, Usman dan Awang telah membingitkan suasana di Asrama Putera, penghuni-penghuninya tertanya-tanya siapakah yang ketawa seperti dubuk Amerika pada waktu hampir berbuka ini. Dua penghuni di bilik bersebelahan hanya mampu tersenyum dan mengangkat bahu. Seorang penghuni berkopiah di bilik 301 hanya mampu menggeleng-geleng kepala sambil beristigfar panjang. Seorang lagi penghuni di hujung koridor tiada reaksi kerana matanya terpaku memandang nasi lemak ayam berempah di hadapannya.
Jarum jam terus bergerak menghampiri waktu berbuka puasa.
Ah Keong menyeka air mata dengan hujung lengannya manakala Usman sudah bersedia memegang piring kurma Yusuf Taiyob sambil tersengih melihat Awang yang masih lagi terbaring di hadapannya. Ah Keong menguis pinggang Awang dengan ibu jari kakinya, Awang tidak menghiraukan kuisan itu lalu menutup mukanya dengan kedua tangannya. Ah Keong hairan dengan perlakuan Awang lalu membuat isyarat mata kepada Usman. Usman mengangkat keningnya lalu meletakkan piring buah kurma tadi. Usman mendekati Awang dengan perlahan-lahan lalu mencubit perut Awang dengan kuat. Awang mengaduh kesakitan dan terus terduduk sambil menekan perutnya yang dicubit oleh Usman sebentar tadi. Ah Keong dan Usman senyum simpul sambil masing-masing meletakkan tangan di bahu Awang.
"Awang, mengapa kamu baring seperti orang yang sudah mati sebentar tadi?" soal Ah Keong sambil menepuk bahu Awang. "Itulah, siap tutup muka dengan tangan lagi," sambung Usman sambil cuba mencubit perut Awang lagi tetapi Awang terlebih dahulu menyedari niatnya lalu dia mencucuk perut Usman dengan jari telunjuknya. Usman mencebik dan mengangkat tangannya tanda mengaku kalah.
"Tidak ada apa-apa, aku cuma penat ketawa dengan kuat sampai perut aku sakit," jelas Awang sambil anak matanya cuma mengelakkan panahan pandangan mata Ah Keong dan Usman. "Lagipun aku sedang bermuhasabah, kita kan sedang berpuasa Usman, mana boleh kita ketawa macam hantu, itu namanya lagho!" ujar Awang sambil mengangguk-angguk seperti setuju dengan kenyataan diri sendiri.
Usman mengherotkan bibirnya tanda jengkel dengan penjelasan dari Awang, Ah Keong pula sekadar mengangkat bahunya.
"Nanti dahulu, apa itu lagho? Adakah lagho itu nama makanan untuk berbuka puasa?" tanya Ah Keong sambil memandang Awang yang sedang duduk tegap seperti duduk orang Jepun. Awang tersengih dan memandang Usman, Usman menjawab, " Lagho itu lalai, untuk pengetahuan kamu Ah Keong, lagho itu istilah bahasa Arab." Ah Keong membulatkan mulutnya lalu mengeluarkan bunyi huruf 'O' yang panjang dan mengangguk-angguk faham.
Tiba-tiba, hidung Usman terhidu bau hancing seperti air kencing manusia iaitu sejenis najis mutawasitah. Usman terdiam dan mengesyaki Awang telah terkencing kerana ketawa dengan begitu kuat sebentar tadi. "Patutlah Awang duduk diam sahaja di tempatnya, rupanya dia telah terkencing di dalam seluar," fikir Usman sambil tersenyum seorang diri seperti orang gila jalanan.
Tanpa bertangguh untuk mengenakan sahabatnya yang berasal dari negeri penyu bertelur itu, Usman menepuk bahu Awang lalu berkata, " Mengapa engkau duduk diam seperti sebuah bongkah batu? Apa engkau ingat aku tidak tahu yang engkau sudah terkencing di dalam seluar?"
Ah Keong yang mendengar tuduhan Usman terus memandang Awang sambil terlopong mulutnya.
Awang memandang Usman dan Ah Keong, dengan tenang dia cuba berbahasa, " Fitnah itu ibarat besi sejuta tan beratnya kerana ia sangat berat dosanya. Jangan engkau tuduh aku Usman, berdosa besar nanti!" Usman mencebik lalu bercekak pinggang, "Habis itu, apa yang berbau hancing ini? Engkau dari tadi statik sahaja di tempat yang sama jadi mesti engkau yang terkencing !"
Ah Keong hanya mendiamkan diri sambil memandang piring berisi buah kurma Yusuf Taiyob.
"Aku berdiam diri kerana aku bertafakur kepada ilahi, menyesali sikap lagho sebentar tadi. Usah engkau tuduh aku lagi, aku orang baik-baik!" jelas Awang sambil bangun bercekak pinggang.
"Kamu berdua, saya rasa bau hancing itu datang dari tandas kita. Kamu berdua sudah lupa tandas itu telah tersumbat selama dua hari. Tidak baik orang Islam bergaduh semasa dekat waktu berbuka puasa. Mari kita duduk dan menunggu azan supaya kamu berdua tidak 'lawo' lagi," pesan Ah Keong sambil memeluk Usman dan Awang dan membawa mereka duduk di hadapan kurma yang terhidang.
"Ah Keong, lagho bukan 'lawo', kamu tersilap sebut tadi," jelas Usman dan Awang serentak.
"Aiya saya tahulah, lidah cina saya memang tidak boleh menyebut bahasa arab seperti kamu berdua," kata Ah Keong sambil menjengilkan matanya.
Jarum jam bergerak ke nombor tujuh serentak dengan azan maghrib yang mula menyeru umat Islam untuk berbuka puasa. Ah Keong, Usman dan Awang masing-masing mula menggigit kurma Yusuf Taiyob dan menikmati buah sunnah itu sehingga piring itu dipenuhi pula dengan biji-biji kurma yang sudah dimakan.
"Kamu berdua, ini sahajakah juadah berbuka puasa orang Islam?" soal Ah Keong kelaparan kerana dia sebenarnya sedang belajar berpuasa bersama mereka berdua di bilik itu.
Usman memandang Awang, Awang tunduk menguis-nguis biji-biji kurma dengan jarinya lalu berkata, "Sebenarnya, kami ada mengirim nasi ayam dan kuih karipap dari Saiful yang pergi ke bazar ramadhan pukul 5 petang tadi." Usman pula menyambung dengan nada sedih, "Tetapi nampaknya ini sahaja juadah berbuka kita kerana Saiful masih belum pulang lagi pada saat ini."
Ah Keong hanya terdiam mendengar penjelasan dari Usman dan Awang.
Ketiga-tiga sahabat sebilik itu tunduk kesedihan memikirkan perut mereka yang berkeroncong tanda kelaparan ditambah pula tiada sebarang makanan pun yang disimpan di dalam bilik melainkan air kosong dalam botol yang diisi di water cooler di hujung koridor. Ah Keong pasrah memandang biji-biji kurma di piring.
"Assalamualaikum!"
Salam diberi dan ketiga-tiga sahabat itu mengangkat kepala mereka dan memandang ke arah pintu. Mereka terperanjat melihat ramai penghuni Asrama Putera berdiri di hadapan pintu bilik mereka sambil menjinjing beg plastik dan bekas tupperware.
"Wahai penghuni bilik 310, kami mendengar rintihan batinmu dan rintihan perutmu juga!" kata penghuni bilik 301 yang berkopiah putih sambil tersenyum.
"Kami datang membawa nasi dan kuih muih untuk dikongsi bersama!" sahut satu suara dari belakang pemuda berkopiah itu.
"Itulah, bagus juga kamu semua tidak menutup pintu bilik, satu asrama mendengar dialog drama bilik 310!" kata dua orang penghuni bilik 311 serentak.
Ah Keong, Usman dan Awang tidak mampu bersuara dan hanya mampu memandang khalayak penghuni di hadapan bilik mereka.
"Apa lagi, jemputlah masuk semua!" ajak pemuda berkopiah itu sambil melangkahkan kakinya ke dalam bilik itu. Para penghuni Asrama Putera mula mengambil tempat di dalam bilik itu. Mereka saling menghulurkan juadah sesama mereka dan Ah Keong dapat merasa nasi untuk melegakan perutnya yang baru pertama kali berpuasa.
Ah Keong terharu melihat semangat kejiranan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan Islam di asrama itu. Dia mengunyah nasi ayam dengan senyuman. Suasana di dalam bilik 310 sungguh muhibah walaupun mereka makan dalam keadaan berhimpit-himpit sesama sendiri. Usman dan Awang berkongsi nasi lemak ayam berempah yang diberikan oleh penghuni dari bilik di hujung koridor.
Sedang mereka begitu enak menikmati juadah beramai-ramai, tiba-tiba lampu bilik terpadam menjadikan bilik itu gelap seperti di dalam pawagam. Semua orang menghentikan kunyahan dan terdiam. Suasana disitu terlalu senyap sehingga bunyi jam yang berdetik pun bisa kedengaran seperti sungguh kuat.
Pemuda berkopiah putih tersenyum nakal dalam kegelapan. Dia tiba-tiba berdiri lalu mengeluarkan suara separa berbisik, "Yusuf Taiyob...."
Mendengar sahaja bisikan yang melucukan itu, penghuni Asrama Putera ketawa beramai-ramai dalam kegelapan yang sebenarnya bersinar dengan ukhuwwah para penghuninya.
"Haiya, itu lagho!" jerit satu suara pelat Cina, kali ini berjaya menyebut perkataan lagho dalam pelatnya.
Tamat
Wani Yusof,
4 jam 10 minit sebelum berbuka dengan kurma Yusuf Taiyob (berbisik).
Tuesday, 26 June 2012
Hamba mula berkelana
Bismillah, biiznillah...
"Hamba", merupakan kata ganti nama pertama yang masih lagi digunakan di kampung hamba. Hikayat itu cerita, ini cerita hamba, cerita saya.
Saya mahu belajar menulis dan menjadi penulis dengan izin sang tuhan. Di medan blog inilah tempat saya berkelana untuk mencapai impian hamba.
Post yang pertama itu adalah cerpen bertema pada bulan Jun bertemakan oleh Geng Urban. Alhamdulillah, saya bertemu dengan grup ini di facebook, seperti takdir yang menggerakkan saya. Ini kerana saya telah berjaya mengarang cerpen hamba yang pertama. Subhanallah!
Terima kasih kepada rakan-rakan di Geng Urban yang banyak menolong saya dengan memberi komen yang membina dan bermotivasi untuk saya belajar menulis.
Insyaalllah, Cerpen (cerpan sebenarnya kerana ceritanya agak panjang) ini saya mahu kembangkan menjadi novel, Insyaallah. Watak-watak itu menjadi dekat di hati, saya tidak sabar mahu menyambung cerita ini.
Apa pun, segalanya dengan biiznillah.
Mohon diri dahulu.
Wani Yusof
Bilik kecil berkipas lajunya 4, hujan renyai-renyai di luar rumah.
26/06/2012, 11.30 malam

Monday, 25 June 2012
Arigatou, Papa.
"Papa!" panggil si kecil Ai sambil mendepakan tangannya. Papa berlutut lalu merapatkan tubuhnya ke dalam pelukan Ai sambil berbisik ke telinga Ai, "Anakku Ai yang manis, papa sayang kamu setinggi menara Tokyo." Ai terkekek-kekek kegelian lalu melepaskan pelukan dan berlari menuju ke buaian.
"Papa, tolonglah tolak Ai, Ai mahu bermain buaian ini," pinta Ai yang sudah sedia duduk di atas buaian.
"Boleh anakku, sedia ya." Ken menolak anaknya ke depan dan buaian itu pun mula berayun-ayun ke depan dan kembali ke belakang. Kedua beranak itu kelihatan sungguh bahagia bermain bersama-sama di pinggir Tasik Kappa yangg sudah beku dalam dingin salju.

*******************************************************************************************
Prolog:
Nama saya Ai Kawabata, umur saya 21 tahun. Saya dilahirkan di Tokyo pada musim sejuk. Kata Papa, saya diberi nama 'Ai' kerana tuhan menganugerahkan sebuah kasih sayang yang menghangatkan hati Papa dalam kedinginan musim salju. Ya, Ai itu kasih sayang, dan sayalah kasih sayang Papa.

Saya ada seorang Papa yang menyayangi saya 'setinggi menara Tokyo'. Papa saya, Ken Kawabata belum pernah lagi melihat menara itu di depan mata, tetapi selalu mendengar cerita daripada Pak Cik Michiba yang berasal dari kota Metropolitan Tokyo. Pak cik Michiba seorang penjual bunga, dia merupakan pengggubah bunga yang terkenal di Tokyo suatu masa dahulu. Namun, Pak cik Michiba mencari ketenangan mata dan jiwa, sebab itu dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke desa kecil ini, Desa Haru di daerah Kobe.
Desa Haru, tempat saya membesar, dianugerahkan tuhan, sebuah pemandangan memukau pada musim luruh. Bagaimana ya pemandangan yang memukau itu?
Bayangkan sebuah tasik yang jernih airnya sejernih air tapisan osmosis songsang. Bangsa ikan koi menghuni tasik ini sejak berkurun lamanya, mereka suka berenang di tebing tasik supaya manusia kagum melihat mereka, mereka bangsa ikan yang megah. Di tepi tasik pula terdapat pepohon sakura, pepohon rasmi negara Jepun. Tetapi pada musim luruh, pepohon sakura hanya diam dalam lenanya kerana bunganya sudah habis gugur pada musim bunga. Maka, kami lebih gemar menonton 'wayang' oleh 'produksi' pepohon Mapel. Pepohon Mapel mempersembahkan, tarian dedaun yang warnanya keperangan. Dedaun Mapel berpusing-pusing dengan rentak kicauan nyanyian lagu semangat musim luruh oleh sekawan burung Tori. Kadang-kadang arnab putih dan tupai kecil juga dapat dilihat berkeliaran di sekitar tasik Kappa, memikat hati penduduk kecil desa ini untuk menjejak mereka. Ya, siapa sahaja yang pernah melihat 'drama musim luruh' di tasik ini, pasti disihir untuk kembali. Saya dapat merasakan Pak cik Michiba sudah terkena sihir itu lalu dia berhijrah ke desa kami yang damai ini.

Cukuplah saya bercerita dengan keindahan desa tempat tinggal saya. Ia memang indah dan saya juga sudah disihir supaya kembali ke sini lagi. Mari kita berkenalan dengan papa saya. Papa saya dipanggil Ken si Besi kerana badannya yang sasa dan kuat. Papa saya mempunyai sebuah kebun sayur-sayuran, itulah punca rezeki dan juga sumber makanan utama kami berdua. Syukur kepada tuhan, kami sentiasa sihat, terima kasih kepada sayur-sayuran segar ini. Sayuran tomato, labu kuning, lobak merah, ubi kentang yang besar dan pelbagai sayuran ditanam mengikut musim. Papa sangat bersyukur di atas ilham dari tuhan untuk berkebun, kerana saya makan sayur seperti makan nasi, sehinggakan saya tidak pernah demam kerana badan saya terlalu tepu dengan nutrien dari sayuran.
Selain daripada berkebun, papa si besi saya ini selalu sahaja menolong orang kampung melakukan pelbagai jenis pekerjaan. Dari sekecil-kecil pertolongan seperti menyelamatkan anak kucing cucu Nenek Gen dari dikejar anjing gila, hingga ke pertolongan yang membahayakan dirinya sendiri.
Saya masih ingat lagi papa yang terbakar kulit kaki ketika merempuh masuk rumah Pak cik Michiba yang sedang marak dimakan api. Papa mendukung Pak Cik Michiba yang terketar-ketar keluar dari api yang marak. Saya masih ingat lagi, papa kelihatan seperti seorang aktor jepun yang melakonkan watak hero. Malang sekali Pak cik Michiba bukan wanita muda yang cantik, kalau tidak lengkaplah drama Jepun imaginasi saya di rumah Pak cik Michiba yang terbakar itu.
Sehingga kini, Pak cik Michiba menjadi pengikut setia papa, katanya,"Aku akan ikut ke mana sahaja kamu pergi seperti bayang-bayang kamu sendiri, aku berhutang nyawa kepadamu wahai lelaki besi." Papa hanya tersenyum mendengar ucapan yang diulang oleh Pak cik Michiba hampir setiap hari. Nama lain papa saya ialah Ken yang manis kerana dia selalu tersenyum. Senyuman yang mampu mencairkan tasik Kappa yang beku pada musim salji.

Mama? Ya, saya belum bercerita tentang mama. Sebenarnya saya tidak pernah berjumpa dengan mama. Menurut papa, mama mengalami komplikasi yang kritikal ketika melahirkan saya ke dunia ini. Mama 'pergi' selepas mengucup dahi saya dan berkata, "Ai. Nama anak ini Ai, Ken." Papa sentiasa bercerita tentang mama, kisah mama membuatkan saya terasa dipeluk oleh mama, mendengar papa bercerita tentangnya membuatkan saya terasa mama berdiri di hadapan saya. Jauh di sudut hati saya, saya rindukan mama.
Sebenarnya,saya mahu bercerita satu kisah tentang Papa dan saya. Kisah ini berlaku sepuluh tahun yang lalu ketika saya sedang menikmati zaman kanak-kanak yang menggembirakan. Kisah ini mungkin hanya satu helaian mukasurat dalam hidup kami, tetapi kisah ini akan saya bawa ke mana sahaja saya pergi supaya semua orang tahu akan kisah papa saya.
"Sudikah kamu mendengar kisah ini?" tawar Ai dengan senyuman yang manis.
"Sudikah kamu mendengar kisah ini?" tawar Ai dengan senyuman yang manis.
***************************************************************************
Pinggir Tasik Kappa, Desa Haru daerah Kobe, Jepun.
"Ai yang manis, mari kita pulang, cukuplah kita disini pada hari ini, "pujuk Ken apabila melihat anaknya berlari-lari mengejar anak kucing berbulu putih. "Ai," panggil Ken lagi. "Ya Papa, marilah kita pulang, saya sudah lapar," akur Ai sambil tersenyum. Kata papa, senyuman Ai ibarat matahari yang terbit dari timur. Senyuman yang penuh dengan harapan baru.
"Hari ni kita makan stimbot Nabe ya," kata Ken kepada Ai, mereka berpimpinan berjalan di tepi tasik yang membeku. Ai tersenyum, stimbot Nabe yang hangat dan lazat bakal memenuhi perutnya yang sedang lapar itu.
Rongga udara di rumah kecil Ai dan Ken di tepi Kebun Sayur Kawabata padat dengan aroma stimbot Nabe, aromanya mampu menggoda siapa sahaja yang lapar untuk terbang melayang-layang ke meja makan Ken. Ai duduk dengan tertib di atas pelapik kusyen. Di hadapannya periuk tembikar dengan stok sup ikan sedang menggelegak merembeskan bau harum yang sungguh menggoda. Papa muncul dari dapur membawa satu dulang yang berisi ketulan isi ikan kod yang putih, telur ayam, sayur kobis cina, lobak merah, tauhu lembut, cendawan butang, dan juga mi Shirataki yang jernih warnanya.
Mata Ai membulat, perutnya diusap, dia menelan air liur melihat bahan-bahan yang bakal direbus di dalam periuk tembikar Nabe itu. Papa dengan tertib memasukkan satu demi satu sayuran ke dalam periuk tembikar Nabe yang sedang mendidih diminta diisi dengan bahan masakan. Sayur-sayuran itu mula timbul di permukaan sup yang mendidih, Ai sudah tidak sabar lagi.
"Itadakimasu, saya makan dahulu!" Seraya itu Ai mengepit isi ikan kod yang terapung, lalu terus dimasukkan dalam mulutnya. "Papa, panas!" jerit Ai sambil mengeluarkan lidahnya. Ken tertawa besar, lalu ditiup-tiup lidah Ai yang dijelirnya itu. "Lain kali, tunggu sehingga sejuk dahulu baru kamu makan," pesan seorang ayah, lalu menyuapkan Ai cendawan butang yang sudah suam.
"Papa, pecahkan telur itu ke dalam, Ai mahu hirup sup Nabe bersama telur celur," pinta Ai yang tamak, tamak melihat bahan-bahan makanan yang segar dan sedap di hadapannya.
Mungkin juga stimbot Nabe ini lebih istimewa kerana ia dimasak oleh papa dengan penuh kasih sayang. Kata papa, masakan yang kita masak dengan kasih sayang ada kuasa ajaib yang menyebabkan orang yang makan akan berasa tamak untuk menambah lagi.
Ai dan Ken makan dengan gembira, masakan stimbot Nabe menghangatkan badan mereka dalam malam yang dingin di Desa Haru yang permai.
*****************************************************************************************
Rumah Kecil Ken dan Ai, Kebun Sayur Kawabata.
Rumah Kecil Ken dan Ai, Kebun Sayur Kawabata.
"Hati-hati semasa melintas jalan, kongsi bekalan ini dengan kawan-kawan, belajar rajin-rajin ya Ai yang manis," pesan papa di hadapan pintu semasa aku sedang menyarungkan sepatu. "Ya papa, saya pergi dahulu!"
Ai melambaikan tangannya, papa mengangguk.
Sekolah Rendah Haruna, tidak jauh dari rumah kecil Ai dan papa. Setiap hari, Ai hanya berjalan kaki ke sekolah. Setiap hari juga, dia akan berjalan di tepi tasik dalam perjalanan ke sekolah. Menurut papa, Tasik Kappa ada rahsianya. Mengikut cerita dari datuknya, Tasik itu pernah didiami oleh makhluk dongeng bernama "Kappa". Makhluk ini merupakan semangat tasik Kappa, dia suka air tasik yang bersih.
Menurut datuk papa, jika seseorang mahu berjumpa dengan Kappa, campak ke dalam tasik sayur tetimun hijau kerana itu makanan kegemaran Kappa. Tetapi awas! Kappa akan mengamuk jika ternampak siapa sahaja yang cuba mencemari kebersihan tasik itu. Dia akan muncul dengan muka yang menakutkan. Menurut lagenda Desa Haru, makhluk Kappa ini rupanya seperti penyu tua yang botak.
Yang lebih menakutkan, ada khabar mengatakan Nenek Gen yang sangat tua itu ada menyimpan makhluk Kappa dalam bentuk mumia yang pernah ditangkap oleh moyangnya dahulu. Ai terketar sendiri apabila terfikir tentang cerita makhluk penyu itu. Dia berasa seram sejuk lalu membatalkan hasratnya untuk ke sekolah dengan melalui Tasik Kappa pada hari itu.
"Selamat pagi Toyama Sensei!" Ai tunduk hormat kepada Cikgu Toyama yang memakai cermin mata bulat. "Ya Ai, selamat pagi juga," balas Cikgu Toyama sambil tersenyum, senyuman yang manis dek lesung pipit yang dalam.
"Ai! Ayuh kita ke kelas bersama-sama." jerit Mayumi, sahabat baik Ai, seorang atlit balapan sekolah.
Kelas bermula dengan mata pelajaran Sains, Sejarah dan Matematik. Selepas itu waktu makan tengah hari. Di negara Jepun, pelajar sekolah sangat suka membawa bekal bento dari rumah kerana makanan dari rumah lebih bersih dan berkhasiat. Malah, ia merupakan budaya Jepun dari zaman berzaman.
Ai membuka kain balutan yang menghangatkan bekas plastik bento yang berisi makanan tengah harinya. Apabila penutup plastik dibuka, terserlah seni makanan bekalan yang comel. Sayur lobak merah diukir menjadi bentuk bunga sakura, telur puyuh diletakkan mata dan senyuman menggunakan rumpai laut yang digunting. Telur dadar kuning keemasan digulung dan dipotong menyerong, terserlah bentuk gulungan seperti tikar yang digulung. Bebola daging yang direbus dan diletakkan sos khas di atasnya. Tidak lupa juga makanan ruji nasi beras pendek Japonica seperti beras pulut apabila dimasak. Papa yang kreatif telah menggulung nasi ini ke dalam rumpai laut Nori yang dipanggang. Kemudian gulungan nasi ini dipotong, ditabur pula dengan bijan hitam sebagai penyedap rasa. Dan yang paling istimewa, buah epal Fuji yang dibelah empat. Kulitnya dihiris dan diukir menjadi telinga arnab yang comel. Seni bento yang sungguh enak dipandang enak dimakan!
Ai menelan air liur, hidangan dalam bekas comel ini terlalu menggoda. Dia segera mencapai penyepit plastik dan menyepit telur puyuh yang 'tersenyum', "Itadakimasu, saya makan dahulu!"
"Ai! Bekalan kamu nampak sangat sedap. Ia terlalu comel seperti sebuah lukisan manga!"
"Jemputlah untuk merasai masakan papa saya. Papa dan makanan, ibarat beras dan air. Apabila bersatu jadilah nasi. Itulah papa, apabila masak, memang sedap." ujar Ai dengan bangga, hidungnya kembang kempis.
Mayumi menyepit bebola daging rebus bersama sos istimewa, baunya sungguh harum, "Sedapnya, oishi!" mata Mayumi bersinar kegembiraan. Dia gembira kerana diberi peluang untuk merasai masakan papa Ai yang pandai memasak.
Kelas Himawari waktu kedua bermula dengan pelajaran bahasa bahasa Jepun oleh Cikgu Tomoko, seorang wanita genit yang mempunyai sepasang mata bundar, hidung yang mancung dan bibir yang mungil. Kerana fizikal wajahnya yang menarik, ditambah pula dengan percakapan yang lemah-lembut, Cikgu Tomoko digelar Cikgu Cantik oleh para pelajar sekolah Haruna.
"Ai, boleh tolong baca puisi pendek dari Kagaya Eto. Ai bangun dari tempat duduknya, dia memandang buku teks dihadapannya untuk mula membaca. Matanya membulat, dia kelihatan terkejut dengan teks puisi itu.
"Ai, ayuh mulakannya sekarang," gesa Cikgu Cantik sambil memandang ke arah Ai yang terpaku di mejanya.
Mayumi menyiku Ai, "Ai, cepatlah!" Ai menarik nafas sambil memejam mata. Dia membuka mata bersama sebuah kekuatan untuk membaca puisi itu. Bibirnya agak terketar, namun dia tekad untuk membaca:
Otousan no Te (Tangan Ayah)
Tangan itu memegang sepasang tangan kecil untuk bertatih
Tangan itu mendukung badan kecil itu jika dia letih
Tangan itu mengajar tangan kecil melukis matahari di kanvas putih
Aneh ya, sekali pun tangan itu tidak pernah letih.
Kagaya Eto
"Terima kasih Ai, kamu boleh duduk," ucap Cikgu Cantik lalu mencapai kapur putih dan menulis sesuatu di papan hitam. Dia tidak sedar bahawa 30 pasang mata sedang memerhatikan Ai, semua orang sedang memandang Ai yang sudah merah padam wajahnya.
Cikgu Cantik mula sedar perlakuan para pelajar kelas Himawari lalu bertanya, "Kenapa kamu semua memandang Ai?" Belum sempat seseorang menjawab pertanyaan itu, Ai dengan tiba-tiba bangun dan berlari keluar dari kelas. Cikgu Cantik tergamam dan dahinya berkerut-kerut tertanya-tanya mengapa Ai keluar dari kelas secara tiba-tiba.
"Mengapa Ai keluar dengan tiba-tiba?" Cikgu Cantik mengalihkan persoalan di mindanya kepada para pelajar Kelas Himawari.
"Kerana puisi 'Tangan Ayah' itu cikgu!" jawab seorang pelajar yang duduk paling hadapan.
Bertambah kerutan di dahi cikgu cantik apabila mendengar jawapan itu, "Apa yang tidak kena dengan puisi itu? Ia puisi yang indah!
Bertambah kerutan di dahi cikgu cantik apabila mendengar jawapan itu, "Apa yang tidak kena dengan puisi itu? Ia puisi yang indah!
"Cikgu...." Mayumi mengangkat tangan. "Mayumi, kamu tahu sesuatu yang cikgu tidak tahu?"
Mayumi mengangguk, semua mata tertumpu pada Mayumi. Semua orang kecuali Cikgu cantik tahu kisah ai dan papanya. Cikgu cantik baru sahaja seminggu bertugas di sekolah haruna.
Mayumi mengangguk, semua mata tertumpu pada Mayumi. Semua orang kecuali Cikgu cantik tahu kisah ai dan papanya. Cikgu cantik baru sahaja seminggu bertugas di sekolah haruna.
"Cikgu, sebenarnya...."
***************************************************************************
Di hadapan pagar Sekolah Rendah Haruna.
Ai terus berlari keluar menuju ke pagar sekolah dengan kelajuan seekor kijang yang diburu harimau belang.
"Aduh, kamu terlanggar aku!" jerit Ryo, pelajar kelas sebelah yang nakal.
"Oh, kamu rupanya, anak Ken si kudung!" ejek Ryo dengan bibir yang dijuihkan.
"Berani kamu!" Ai melempang Ryo dengan sekuat hati lalu terus berlari keluar dari kawasan sekolah.
Ryo tergamam, hujung bibirnya terdapat secalit cecair merah.
Ryo tergamam, hujung bibirnya terdapat secalit cecair merah.
***************************************************************************
Pejabat Guru, Sekolah Rendah Haruna.
Pejabat Guru, Sekolah Rendah Haruna.
"Tuan Kawabata, mohon tuan ke pejabat guru sekarang, ada sesuatu berlaku kepada Ai!" kata Cikgu Cantik di ganggang telefon. Ken tergamam seketika, dia terus mencapai jaket dan berlari keluar menuju ke sekolah yang hanya 15 minit dari rumah kecil dia dan Ai.
Cikgu Cantik tergamam melihat papa Ai di hadapannya. Dia tidak tahu bahawa papa Ai seorang yang kudung sebelah tangan. Wajah Ken menunjukkan riak tidak senang direnung sedemikian oleh cikgu cantik. Namun, dia tiada masa untuk disia-siakan.

"Cikgu, tolong....Tolong beritahu saya apa yang terjadi?" Ken masih termengah-mengah mencari nafas untuk mengeluarkan percakapan.
"Tuan Kawabata, maafkan saya!" Cikgu cantik tunduk 45 darjah menghadap Ken. Mata cikgu cantik berair dan merah, sekali lagi dia menunduk, "Maafkan saya Tuan Kawabata, anak tuan telah hilang!"
"Oh tuhan!" itu sahaja perkataan yang keluar dari bibir Ken. Dia terduduk, dahinya berkerut seribu, perasaan bimbang mula menakluki hatinya bagai air paip yang mengalir laju ke dalam botol.
"Kami sudah mencari di kawasan sekitar sekolah, malangnya Ai tidak dijumpai." jelas cikgu cantik.
"Ini semua salah saya!"bahu cikgu cantik terhenjut-henjut, berjuraian air mata membasahi wajahnya yang kini pucat kerana perasaan bersalah.
"Ini semua salah saya!"bahu cikgu cantik terhenjut-henjut, berjuraian air mata membasahi wajahnya yang kini pucat kerana perasaan bersalah.
Ken seperti tidak mendengar kata-kata cikgu cantik. Fikirannya hanya tertumpu kepada Ai.
"Di manakah kamu anakku?"
*************************************************************************************
"Di manakah kamu anakku?"
*************************************************************************************
"Papa, Ai ingin melihat makhluk Kappa! Marilah kita mengumpannya!" Fikiran Ken mengembara ke suatu masa yang mana Ai pernah menceritakan hasratnya untuk melihat makhluk dongeng di tasik Kappa.
"Mengapa mahu berjumpa dengan Kappa?" soal Ken dengan dahi berkerut. "Ai mahu Kappa beri tangan kiri kepada papa, Ai tidak mahu anak-anak kecil yang nakal mengejek papa lagi," jelas Ai dengan muka yang bersungguh-sungguh.
Ken tersenyum dengan manis, semanis limau Mikan.
**************************************************************************************
Ken tersentak dari lamunannya,"Tasik Kappa! Mungkin dia berada di situ!" Ken bersuara dengan kuat kepada para guru yang berada di situ, seraya berlari ke pintu untuk keluar.
Ken berlari seperti seekor harimau kumbang mengejar rusa di hutan Serengeti, Afrika. Sampai sahaja di tasik itu, dia melihat suatu objek panjang berwarna hijau terapung di permukaan air tasik yang membeku. Ada seseorang cuba untuk mencampakkan timun hijau ke dalam sungai, tetapi dek beku air, timun itu terlantar di atas ais.
"Menurut lagenda Desa Haru, apabila timun hijau dicampak, makhluk Kappa akan muncul dan bertanyakan soalan teka-teki. Jika seseorang dapat menjawabnya dengan betul, hajatnya akan ditunaikan oleh Kappa," fikir Ken dengan wajah yang bingung.
"Mustahil, ini semua karut!" lalu Ken meneruskan pencariannya di denai hutan yang berdekatan dengan tasik Kappa.
"Papa!" panggil satu suara dengan kuat. "Papa!" kali ini jelas kedengaran Ai yang memanggil papanya.
"Ai, adakah kamu selamat?" Ken merangkul anaknya dan memeluk Ai dengan sebelah tangannya yang masih berfungsi. "Jangan tinggalkan papa, papa sayang kamu setinggi menara Tokyo," bisik Ken kepada Ai.
"Papa, saya nampak pak cik Michiba diserang penjahat di hadapan pokok mapel sebentar tadi!" beritahu Ai dengan cemas.
"Papa, selamatkan pak cik Michiba!" Ai mula menangis kebimbangan sambil menarik tangan Ken. Ken tergamam namun kakinya bergerak laju bersama Ai ke tempat itu.
"Michiba!" Ken menjerit, matanya buntang melihat darah memercik membasahi salji putih di hadapan pokok mapel, seraya menutup mata Ai yang cuba memandang di hadapannya.
Di belakang Ken, tanpa dia sedari, empat orang lelaki berwajah bengis sedang memegang kayu besbol memandang Ken dan Ai dengan wajah yang sinis. Dua daripada kayu tersebut bermandikan darah.
Ai berpaling ke belakang secara tiba-tiba, "Papa!"
*****************************************************************************************
Wad 102, Hospital Besar Kobe, Jepun.
"Papa." panggil suara itu. Suara itu suara Ai. Ken membuka matanya. Bahu kirinya berasa begitu berat seperti dihempap batu.
"Ai...." Ken cuba bersuara tetapi fizikalnya masih belum pulih sepenuhnya. Matanya kembali terkatup perlahan, kesan bius masih belum hilang sepenuhnya.
Tiba-tiba kedengaran suatu bunyi seperti bunyi tv yang tiada siaran.
"Papa!" panggil Ai.
Bunyi itu datang dari sebuah mesin yang terletak di sebelah katil, mesin itu mesin yang mencatat graf degupan jantung!
"Papa!" panggil Ai lagi sambil menangis.
Di skrin mesin itu satu garis halus mendatar dipaparkan.
"Papa, Papa!"
Garis vertikal yang memanjang menunjukkan tiada degupan jantung dikesan.
"Papa!"
****************************************************************************************
Pesawat MH-301, Penerbangan KLIA ke Narita, Tokyo.
Maryam mula berubah berwajah, terdapat air bergenang di matanya.
"Maafkan saya Ai, takziah di atas pemergian papa kamu." ucap Maryam sambil memeluk Ai.
"Dia seorang wira!" sambungnya sambil menahan hingus dari keluar dari rongga hidung.
Ai kaget, "Mengapa kamu menangis Maryam?" dahinya berkerut, hairan dengan perlakuan kakak angkatnya dari Kota Bahru itu.
"Saya tidak sempat bertemu dengan Pak cik Ken, papa kamu sungguh hebat," kata Maryam sambil mengesat air mata dan hingus yang membasahi wajahnya. Dia kelihatan seperti anak kecil yang menangis kerana tidak dapat membeli mainan idaman.
"Maryam, papa saya belum mati, dia masih hidup!" jelas Ai dengan wajah yang bersahaja.
"Apa? Bukankah tadi kamu bercerita tentang bunyi dari mesin itu menandakan jantung ayah kamu sudah berhenti berdegup?" soal Maryam dengan dahi yang berkerut dan mata yang membulat. Hairan dan terkejut barangkali.
Ai ketawa dengan berdekah-dekah seperti digeletek di bahagian ketiak.
"Sebenarnya, masa itu, nenek Gen yang nyanyuk itu tersadung salah satu wayar mesin itu sampai longgar sambungannya. Lepas itu mesin itu terus padam. Kesudahannya nenek Gen itu pun dimasukkan ke hospital itu kerana terseliuh kaki." jelas Ai dengan panjang lebar sambil menahan ketawa.
Maryam memandang Ai dengan mata yang tidak berkelip. Kemudian dia turut ketawa dengan Ai, gabungan tawa dua orang perempuan ini membingitkan suasana kokpit penerbangan MAS ke Tokyo itu.
"Sebenarnya, Pak cik Michiba kehilangan tangan kirinya akibat diserang samseng Yakuza Jepun. Rupanya dia pernah berhutang dengan mereka ketika di Tokyo dahulu. Papa Ai adalah lelaki besi, walaupun kudung sebelah, dia melawan samseng-samseng itu seperti pahlawan samurai di Zaman Edo." Ai bercerita sambil mengunyah kacang yang masin.
"Pak cik Michiba, dia memaksa ayah menerima tangannya kerana terhutang nyawa. Sudah dua kali papa menyelamatkannya. Mulanya papa enggan, tetapi setelah diugut oleh Pak cik Michiba yang dia akan bunuh diri di kebun sayur kalau papa degil, barulah papa setuju," kata Ai sambil menghirup jus oren yang masam pula.
"Maksud Ai, papa kamu mendapat tangan kiri? Dia sudah tidak kudung lagi?" soal Maryam ingin tahu.
"Ya, benar, dan kali ini Pak cik Gen pula yang kudung. Tetapi dia nampak sungguh bahagia kerana semua orang kampung memuliakan Pak cik Gen kerana mendermakan tangannya kepada papa. Perniagaannya juga semakin maju." jelas Ai sambil tersenyum walaupun air oren yang diminumnya tadi rasanya masam seperti mempelam muda.
"Para penumpang diminta memasang tali pinggang keselamatan. Kita akan mendarat di Tokyo sebentar sahaja lagi." Ketua pramugari yang berkebaya batik memberi pengumuman di kokpit paling hadapan.
"Maryam, terima kasih kerana melayan saya dengan baik di Kota Bharu. Saya sungguh bertuah mendapat kakak angkat dari Malaysia," kata Ai sambil memegang tangan Maryam.
"Nanti papa, mama, Pakcik Gen, adik Nobi dan adik Shizue akan datang menjemput kita. Selepas itu kita akan melawat menara Tokyo, itulah lambang kasih sayang papa," ujar Ai dengan mata yang bersinar-sinar.
"Nanti dulu, siapakah adik Nobi dan adik Shizue ? Bukankah mama Ai sudah meninggal dunia? soal Maryam bertalu-talu dengan dahi yang berkerut seribu.
"Adik Nobi dan adik Shizue adalah adik-adik saya yang lahir selepas papa berkahwin dengan mama. Awak masih ingat lagi Cikgu Cantik dalam kisah saya tadi? Ai tersenyum dengan penuh makna.
Maryam membalas senyuman itu, "Saya sudah tidak sabar untuk bertemu dengan watak-watak dalam cerita awak tadi."
****************************************************************************************
Epilog:
Wad 102, Hospital Besar Kobe, Jepun.
"Ai," panggil Ken sambil memegang tangan Ai dengan tangan kirinya yang berparut di lengan.
"Ya, papa."
"Ai mahu tahu satu rahsia?" Ai memandang Gen dengan perasaan ingin tahu.
"Sebenarnya sepanjang papa menjadi kudung, papa tidak pernah berasa kekurangan. Ini kerana papa ada satu tangan ajaib yang membantu papa menguruskan kehidupan," jelas Ken sambil tersenyum. Senyuman yang manis seperti coklat belgium.
"Tangan ajaib? Mana, saya mahu melihatnya!" pinta Ai dengan mata yang bersinar-sinar.
"Kalau begitu, mari sini papa tunjukkan tangan kiri papa yang ajaib itu," panggil Ken sambil menarik tangan Ai.
"Ini..., Ai..., saya!" jerit Ai melihat imejnya sendiri di hadapan cermin bulat.
"Ya anakku, itu kamu. Ai adalah tangan papa yang hilang selama ini. Tangan itu tidak pernah hilang, dia ada di hadapan papa hari-hari." jelas Ken sambil tersenyum dengan lebar.
"Arigatou Ai, terima kasih anakku kerana hadir dalam hidup papa." Ken tersenyum dengan mata yang bergenang.
"Ai adalah sumber kekuatan papa, arigatou!" Ken memeluk anaknya, kali ini dengan dua belah tangannya.
Ai tersenyum. "Papa..., Ai sayang papa setinggi menara Tokyo."
"Arigatou, papa."
Tamat.
*****************************************************************************************
Nota:
Arigatou - Terima kasih
Nabe - Periuk tembikar
Tori - Burung
Kappa - Timun / Makhluk Dongeng
Ai - Kasih sayang / cinta
Oishi - sedap
Yakuza - kumpulan kongsi gelap Jepun
Bento - bekalan makanan
Itadakimasu - Ucapan sebelum makan
Otousan no te - Tangan ayah
Manga - Komik Jepun
Mikan - Oren Mandarin Jepun
Wani Yusof
Bilik berhawa dingin di Mengabang Telipot (untuk merasai suasana salji di Desa Haru!),
25/ 06/ 2012
5.40 petang

Subscribe to:
Comments (Atom)