Bismillah,
Rumah saya sudah berhabuk, bersawang, berdebu dan berlumut!
Terpaksa saya senta, cuci, basuh, gosok dan mop-mopkan rumah saya untuk kembali bersinar bak cicncin berlian RM100K!
Sudah terlalu lama saya tinggalkan blog ini. Pelbagai sketsa kehidupan telah berwayang dalam drama hidup saya. Saya menjadi letih dan tidak bermotivasi untuk berblog. Tetapi saya sayang blog ini kerana ia menjadi ruang untuk saya mencetus rasa dan karya.
Sekarang saya ingin kembali ke rumah ini. Semoga kali ini saya komited untuk berblog.
Sekian.
Sang omak.
p/s: Saya dah ada bayi baru, namanya Ahmad Amru. Khadeejah sudah bergelar kakak dengan hadirnya si Ahmad ni. =)