( http://desktopop.com/wp-content/uploads/The-Rain-Wallpapers.jpg )
Bismillah.
Ame itu hujan. Sebuah diksi dari bumi matahari terbit.
Hujan dan matahari.
Bila hujan, matahari kelam.
Bila terik, hujan menghilang.
Hujan itu ketenangan hamba.
Hujan lebat itu kesukaan hamba.
Bagi hamba, hujan rintis-rintis itu seperti perempuan lemah gemalai.
Hujan lebat itu perempuan juang yang pandai.
Hamba mahu jadi perempuan hujan lebat.
Singgahnya membawa perubahan.
Asal hujan, hamba bermonolog.
Sungguh damai titisan ini.
Sungguh air itu sumber jiwa yang tenang.
Kenangan kita makhluk bayi berumahkan kantung cecair di dalam rahim.
Mungkinkah hamba mendambakan zaman pra-dunia?
Awan kelabu di angkasa sudah selesai menghamburkan isinya.
Hamba kini kesunyian.
Yang tinggal hanyalah lopak air yang disudu itik serati.
Hilang sudah bunyi gegaran atap dek serangan sang awan kelabu.
Hamba kini menjadi si pungguk yang rindu.
Hamba damba menjadi perempuan hujan lebat.
Sekian,
Wani si perempuan hujan lebat.
8.48 am (Oh, sang awan diluar muntah lagi, hamba bahagia!)
No comments:
Post a Comment