Thursday, 14 March 2013
Zuriat
Ini zuriat saya dan suami.
Khadeejah nama yang menjadi pilihan hati.
Moga dia mewarisi wanita bangsawan isteri nabi.
Insyaallah, ini doa kami.
***
Khadeejah, sudah masuk setahun sembilan bulan.
Pelbagai ragam dan karenah setiap hari.
Kadang-kadang mahu ku menangis dalam hati.
Anak ini amanah kami.
Didikan berterusan perlu diberi.
Kadang-kadang terdetik adakah sesuai kaedahku ini.
***
Sabar, sabar, sabar...
Kalaulah dengan mengulangi kalimah ini ku bisa bertambah sabar.
Baru ku kenal erti sabar yang sesabarnya.
Selepas ku berkenalan dengan anak ini.
***
Pintar, itu adjektif yang sesuai untuknya.
Sebuah kenyataan dan juga doa.
Jangan terpedaya dengan wajahnya yang tidak bersalah
Sekali terpedaya tepuk dahi tak sudah
***
Alhamdulillah atas zuriat ini.
Walaupun licik seperti kancil tetapi mendamaikan hati.
Ku tertanya bagaimana pula perangainya yang sorang lagi.
Yang menunggu masa melihat bumi.
Kalau licik seperti kandanya apakan daya.
Kami terima dengan sepenuh hati.
Kalau lasaknya berganda kerana gendernya lelaki.
Kami terima dengan seikhlas hati.
Akan ku serahkan pada bapanya dengan senang hati.
Biar bapanya yang mengejar adiknya walaupun sakit kaki.
Anak lelaki kena dengan didikan bapa yang juga lelaki.
Baru menjadi jati diri yang hakiki.
***
Sudah cukup coretan daku ini.
Tidak sabar menunggu si licik nombor dua datang ke pangkuan kami.
Moga kakaknya si licik nombor satu sukanya hati.
Menerima seorang teman yang sama-sama berlari.
Sekian coretan dari hati,
Ummi (Khadeejah pergi main jauh-jauh, ummi mahu menulis ini ( T__T )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment