Bismillah,
Hamba ingin kembali berkelana.
Sudah lama hamba hilang entah ke mana.
Kini mahu kembali berwacana.
Mahu blog ini kembali dibina.
***
Entah mengapa motivasi saya untuk menulis pudar dan padam bagai api disiram air, yang tinggal hanya debu dan habuk.
Blog ini sudah berhabuk, susah mahu bernafas jika tidak dibersihkan.
Hari ini saya kembali untuk membersihkan habuk kemalasan, saya mahu kembali berpindah ke rumah ini.
Suatu masa dahulu, rumah ini memberikan sebuang ruang untuk saya menjadi diri sendiri.
Masa itu cukup bahagia, cukup membangkitkan nilai saya sebagai seorang manusia berjiwa seni.
Walaupun sekadar bertatih, tatih tatih tetapi belum mampu berjalan.
Saya masih jauh untuk mengejar. Tetapi saya tidak mahu mengejar.
Saya mahu bergerak dengan kadar kelajauan yang saya mampu.
Sekadar penulis amatur, yang menulis dari hati.
Cukuplah itu sebagai saya, sekiranya tuhan memberi takdir saya untuk pergi lebih jauh dari ini,
saya terima dengan hati yang terbuka.
Semoga ada ruang untuk saya mengembangkan jiwa sastera saya.
Amin.
Dari hati,
Wani
No comments:
Post a Comment